Songom Setemu-Temu Persatuan Sama Sabah
Sunday, January 31, 2010
Penulis bersama ipar, kakak dan uncle Tan
Semalam saya hadir ke Majlis Songom Setemu-Temu anjuran Persatuan Sama Sabah yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Belud. Majlis itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud YB Datuk Abdul Rahman Dahlan. Turut hadir Tuan Presiden Abdullah Sibil, YB Datuk Japlin Akim, Datuk Seri Salisih Ukoh dan yang lain.

Saya duduk dimeja bernombor 29 bersama Ipar, OKK Amirshah Tungking dan isteri, dan Tan Bon Chin. Setelah semua tetamu jemputan hadir, Pengerusi Penganjur menyampaikan ucapan dalam bahasa Bajau. Majlis Makan Malam berlangsung selepas ucapan Pengerusi Penganjur, Tuan Abdullah Sibil dan YB Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Tetamu dihiburkan oleh nyanyian lagu-lagu bajau oleh beberapa penyanyi tempatan. Turut berlangsung juga “Tinggayun” beramai-ramai. Tapi saya tidak sempat mengikuti persembahan Tinggayun beramai-ramai kerana terpaksa pulang awal.
Berbalik kepada isi asal perbincangan yang ingin saya katakan ialah Persatuan Sama Sabah perlu menjadi platform kepada persatuan-persatuan yang berasaskan kaum dari segi aktif, matlamat perjuangan dan pelbagai perkara lagi. Perjuangan Persatuan Sama Sabah telah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Matlamat perjuangannya ialah membela nasib kaum bajau.
Akhir sekali, Organisasi Persatuan Sama Sabah perlu mengorbankan masa, tenaga dan sumber kewangan bagi merialisasikan misi dan visi persatuan dan memenuhi kehendak semasa kaum bajau disemua peringkat dari masa ke semasa.