Salleh Said : Membawa Suatu Perubahan Baru

Friday, March 26, 2010

   Salleh Said antara pemimpin  yang paling aktif dalam facebook dan twitter.

Keaktifan Datuk Seri Salleh Said dalam Facebook dan Twitter menyebabkan beliau mudah disenangi oleh generasi muda yang berhubung dengan beliau. Setakat ini beliau adalah pemimpin UMNO yang paling aktif update Facebook, rajin balas SMS dan rajin ucap Happy Birthday dalam Facebook.

Cuba rujuk semula semua pemimpin-pemimpin politik dalam Facebook, tidak ada yang seperti Datuk Seri Salleh Said. Generasi Muda amat tertarik dengan cara Datuk Seri Salleh Said ini. Segelintir pemimpin hanya register akaun Facebook dengan cara yang tidak ikhlas, ini kerana mereka bimbang dilabelkan sebagai pemimpin buta I.T dan ada juga yang menggunakan Pegawai Khas untuk mengendalikan akaun Facebook mereka.

Berbeza dengan Salleh Said, beliau kendalikan Facebook, Twitter dan Blog dengan sendiri, beliau tidak menggunakan Pegawai Khas. 

Daripada keaktifan beliau dalam dunia I.T itu pastinya boleh membawa perubahan besar dalam politik UMNO dimasa akan datang. Generasi muda kini cerdik memilih pemimpin, mereka pastinya akan memilih pemimpin seperti Salleh Said yang rajin melayan orang tidak kira bangsa, agama dan warna kulit.

Sikap Datuk Seri Salleh Said perlu dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang lain, pemimpin yang mesra rakyat.




Post a Comment

welcome to batang baru lagoon, Tuaran, Sabah: call arizal kibin 016-8102913

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP