Kedudukan Liew Dalam Kabinet Tidak Boleh Dipersoal

Wednesday, October 6, 2010


Kedudukan Datuk Liew Vui Keong selaku Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Persekutuan tidak boleh dipersoalkan kerana pada Pilihan Raya Umum lalu LDP turut mendorong kepada kemenangan Barisan Nasional.

Sejak kebelakangan ini ada beberapa pihak yang membuat kenyataan meminta Perdana Menteri menggugurkan Liew dari Kabinet berikutan kenyataan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin bahawa LDP sudah tidak boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Dalam konteks ini kedudukan Liew tidak boleh dipersoalkan kerana kenyataan Chin Su Phin tidak mewakili suara mutlak LDP.  Saya ingin memetik kenyataan akhbar bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said dalam New Sabah Times bertarikh 29.Ogos.2010 bahawa ada pemimpin LDP bersepakat dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Seri Musa Aman.

Post a Comment

welcome to batang baru lagoon, Tuaran, Sabah: call arizal kibin 016-8102913

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP