#TakBanyakAlasan : Tengku Adnan Tengku Mansor
Thursday, September 14, 2023
Sentiasa ceria .. Dato’ Seri Tengku Adnan bersama rakyat di kawasan
Oleh ; Maruf Ismail
Pemimpin UMNO perlu memperhebatkan usaha untuk mendekati dan menyelami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Setiap isu yang disuarakan perlu diteliti segera untuk memastikan rakyat terus bersama dalam perjuagan UMNO. Pemimpin-pemimpin seharusnya lebih banyak turun padang bersama rakyat dalam setiap program yang diadakan.
Dato' Sri Tengku Adnan adalah antara contoh pemimpin UMNO yang banyak bekerja untuk rakyat. Walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, namun beliau terus berkhidmat untuk rakyat dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik terhadap warga Putrajaya khususnya .
UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai Tengku Adnan aktif dalam pelbagai perihal untuk membantu rakyat. Team UMNO Putrajaya #TakBanyakAlasan dalam usaha membantu rakyat dalam kesusahan .