Bajet 2015, Bajet yang terbaik oleh Datuk Seri Najib : Rahim Ismail

Monday, October 13, 2014

Datuk Abdul Rahim Ismail



Bajet 2015 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lepas merupakan bajet yang terbaik yang diumumkan oleh beliau semenjak menjadi Perdana Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail menjelaskan bajet tersebut meliputi semua aspek dan lebih menjurus kepada pembangunan dan kepentingan rakyat. Sambil menyifatkan ia sebagai satu bajet yang mesra rakyat, Rahim turut memuji tindakan Perdana Menteri yang memperuntukan lebih 30 bilion dalam Bajet 2015 untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Ia membuktikan bahawa keprihatinan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib untuk membangunkan negeri Sabah dan Sarawak. 

Jelas Rahim lagi, Sabah dan Sarawak adalah dua negeri yang besar dan memerlukan banyak penambahbaikan dari segi infrastruktur seperti jalan raya dan bekalan elektrik.

Sejumlah RM262 juta juga dicadangkan dalam bajet itu bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan terutama di Sabah dan Sarawak, selain RM70 juta untuk subsidi padi bukit bagi memperkukuh rangkaian bekalan makanan di dua buah negeri tersebut.


Read more...

Umno Sabah gembira dengan Bajet 2015

Sunday, October 12, 2014



KOTA KINABALU: Bajet 2015 yang bernilai RM 273.9 billion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak pada Jumaat disokong sepenuhnya oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan beberapa pemimpin Umno Sabah.
Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata bajet itu adalah yang terbaik, realistik dan merupakan rahmat bagi rakyat.
Beliau berkata, Perdana Menteri memberi tumpuan spesifik dalam budget terhadap pembangunan infrastruktur awam, keselamatan, pembangunan pertanian dan penyeragaman harga barangan.
“Bajet 2015 memberi penekanan yang berterusan terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah melalui pengagihan RM27 billion untuk Lebuhraya Pan Borneo, pembaikan jalan di pedalaman dan usaha untuk menghasilkan lebih banyak usahawan Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” kata Musa.
Musa berkata bahawa Najib memberi penekanan kepada keseimbangan di antara “ekonomi modal” dan “ekonomi rakyat”, untuk memastikan pembangunan yang adil dan menyeluruh untuk seluruh negara.
Sejumlah RM 660 juta juga telah diagihkan untuk meningkatkan keselamatan Sabah dengan menambah aset keselamatan di Eastern Sabah Security Zone (Esszone).
“Bajet ini adalah penerusan tradisi dalam menjaga kebajikan rakyat, terutamanya melalui peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” kata Musa.
Beliau menekankan bahawa perbelanjaan berhemat yang dirancang di bawah Bajet 2015 akan memastikan bahawa ekonomi akan kekal kukuh, mampan dan berdaya saing dalam menempuh ekonomi global yang lembap.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Masidi Manjun berkata pemberian subsidi khas kepada pengusaha padi bukit adalah sesuai dan tepat pada masa kerana padi bukit lebih susah untuk ditanam berbanding dengan padi sawah.
Menteri Belia dan Sukan Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata bajet yang baru dibentangkan ini sebagai lebih mesra belia berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Jainab Ahmad berkata bajet itu mempunyai pelbagai pakej kebajikan untuk rakyat yang akan mendatangkan manfaat kepada keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana di Sabah.

Read more...

Najib: Ahli BN jangan iri hati kalau mahu menang



TUMPAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) Kelantan perlu bekerja lebih kuat bagi memastikan sokongan rakyat kepada BN meningkat.
Tambah beliau, perpaduan dalam UMNO dan BN yang kukuh tanpa perasaan iri hati merupakan teras kepada semangat untuk bersama-sama bagi memastikan kemenangan BN.
Najib berkata, kemenangan BN di Pengkalan Kubor merupakan titik permulaan BN Kelantan untuk menghadapi PRU14.
“Jentera pilihan raya yang kuat akan menyumbang kepada kejayaan BN atas dasar semua pihak bekerja dalam satu pasukan,” Katanya.
Sementara itu Najib berkata, tiga faktor yang perlu wujud bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14 iaitu,calon yang tepat, jentera yang kuat dan BN yang padu.
“Tiga faktor itu terbukti memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 September lalu.
“Calon yang tepat…(perlu) pilih calon yang kena dengan selera pengundi,” katanya mengenai faktor pertama ketika berucap pada ‘Majlis Pemimpin bersama Rakyat: Sepetang Bersama Perdana Menteri’ di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini hari Sabtu,” kata Najib menerusi laporan Bernama.
Katanya, sebagai contoh pemilihan Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN di Pengkalan Kubor bersesuaian dengan selera pengundi, antara lain mempunyai keperibadian yang baik dan mempunyai latar belakang agama.

Read more...

Najib: Minta kami bantu, tapi sokong Pakatan






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, masyarakat Cina tidak patut menuntut sesuatu daripada kerajaan jika mereka menyokong pembangkang.

Katanya, beliau berniat untuk lebih membantu masyarakat Cina tetapi beliau juga memerlukan sokongan mereka terhadap BN.

“Kamu harus lakukan bahagian kamu, kami tidak boleh menuntut dan kemudian sokong DAP, kami tidak boleh tuntut (dan kemudian) sokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan agung tahunan MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Kemerosotan sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihan raya umum ke-13 lalu digelar sebagai “tsunami Cina” sebelum ini.

Read more...

RM2.2b program untuk golongan memerlukan


Kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion dalam Bajet 2015 bagi melaksanakan program untuk golongan memerlukan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
Beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, antara lain merangkumi bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebanyak RM1.2 bilion.
    
"Untuk menunjukkan keprihatinan kepada golongan ini, kerajaan memperuntukkan RM66 juta untuk membantu 110,000 OKU di seluruh negara, dengan kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada RM300 kepada RM350, manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
    
"Pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU dan pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU, dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
    
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat, dinaikkan daripada RM8 kepada RM16 dan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU juga ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

"Menambah lima buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di seluruh negara serta Unit Penyayang Warga Emas yang menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital," katanya.

Najib berkata bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.

- Bernama

Read more...

Nozula Seru Pengundi Sokong BN

Monday, September 22, 2014

Datuk Nozula Mat Diah 


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N.44 Paloh, Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah menyeru pengundi DUN Pengkalan Kubor untuk terus menyokong Barisan Nasional bagi memastikan nasib rakyat dikawasan itu agar terus terbela.

Katanya, sudah sampai masanya rakyat di negeri Kelantan mula berfikir untuk kebaikan generasi akan datang. Ini kerana kerajaan negeri sedia ada (PAS) tidak mampu membawa perubahan yang menjurus kepada pembangunan. Sebaliknya mereka lebih cenderung kepada permainan politik yang menggunakan agama untuk mencapai matlamat peribadi.

Contohnya dalam kempen PAS, sejak dulu mereka cuba mempengaruhi dan memperbodohkan rakyat. Kononnya undi PAS masuk syurga.

"Sebenarnya kempen PAS ini adalah cara lama, cara lapuk mereka untuk merayu undi rakyat, PAS sanggup berbohong kepada rakyat. Jadi, sudah sampai masanya untuk rakyat membuat perubahan dengan mengundi calon Barisan Nasional," katanya.

Dalam masa yang sama Nozula cukup yakin dan percaya rakyat akan menjadikan Barisan Nasional sebagai piluhan utama jelasnya sambil meminta rakyat tidak memperjudikan nasib kepada PAS yang tidak seiring dalam perjuangan.

Read more...

MB Selangor: Siapapun pilihan Sultan... terimalah - Dr Mahathir





Semua 'mata' terarah ke Istana Selangor hari ini... teka-teki siapa bakal MB seterusnya negeri tersebut akan diketahui hari ini.
Dari tiga nama yang disebut-sebut sebelum ini, ramai yang jawatan itu akan jadi milik Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semua pihak perlu akur dengan pilihan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
Menurutnya ia bagi mengelakkan krisis politik berpanjangan di negeri berkenaan.
"Sebelum ini, Sultan Selangor meminta tiga nama calon daripada parti dikemukakan.
"Justeru, terpulang kepada Sultan Selangor untuk membuat pilihan. Saya harap semua pihak perlu akur dengan pilihan Sultan Selangor," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Shapadu Putrajaya Haven Isnin.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadual mengadakan sidang akhbar berkaitan krisis jawatan Menteri Besar Selangor pukul 4 petang ini.
Abdul Khalid yang ditemui di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika memasuki pejabatnya menyatakan demikian kepada pihak media berhubung perkara tersebut.
Abdul Khalid tiba serentak dengan Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali di Bangunan SUK pada pukul 9.10 pagi.
Beliau yang bersut kemas berwarna gelap kelihatan bersahaja dan tersenyum ketika diekori oleh media yang menunggu seawal pukul 8.30 pagi.
Abdul Khalid turut mempamerkan sikap `sporting' dengan menunjukkan isyarat bagus apabila jurugambar meminta beliau berbuat demikian.
Dalam pada itu, Azmin yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai MB, tidak mendapat sokongan daripada partinya.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan menteri besar yang baharu.
"Kami agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat," katanya.
"Kriteria tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai parti sekali pun," kata beliau.
Manakala Bendahari Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"PKR dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain," katanya.
The Star pada Jumaat melaporkan Sultan Selangor telah berkenan menerima menghadap Azmin Ali, Iskandar Samad yang juga Adun Chempaka dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang secara berasingan pada awal minggu ini.
Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian masing-masing untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Jumaat dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya pada Isnin bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.

Read more...

welcome to batang baru lagoon, Tuaran, Sabah: call arizal kibin 016-8102913

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP