Dato' Sri Ghulam... Pemimpin disayangi rakyat

Monday, May 27, 2024

 

Dato' Sri Ghulam dalam majlis rumah terbuka bersama rakyat...


Pemimpin merupakan tunjang kepada pencorakan masyarakat, kepimpinan itu bukanlah suatu keistimewaan, sebaliknya tanggungjawab yang cukup besar. Ia juga bukan suatu kelebihan atau kemegahan, tetapi satu pengorbanan.



Setiap pemimpin mempunyai cara kepimpinan masing-masing, pemimpin yang baik adalah pemimpin disayangi rakyat. Sikap pemurah seorang pemimpin seperti Dato' Sri Ghulam sentiasa menjadi bualan rakyat. Keakraban hubungannya dengan rakyat juga sentiasa dipuji.



Beliau popular dikalangan rakyat dan disukai kerana mudah didekati dan mesra rakyat. Kelapangan masa yang ada pastinya diluangkan untuk bertemu rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang yang juga merupakan Pengarah Yayasan Sabah ini seorang yang komited dalam merencanakan program yang bermanfaat untuk rakyat. 



Dalam parti pula, Dato' Sri Ghulam merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kawang dan Bendahari Agung Gagasan Rakyat Sabah. Beliau sentiasa berjumpa ahli di semua peringkat dan antara pemimpin yang bekerja kuat untuk parti.


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP